
SHAH ALAM – Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa.
Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.
"Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.
Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.
“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.
“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu.




















![[imagetag]](http://i.dailymail.co.uk/i/pix08/30/article-2195735-14BF82F8000005DC-353_634x488.jpg)
![[imagetag]](http://i.dailymail.co.uk/i/pix08/30/article-2195735-14BF82BD000005DC-379_634x391.jpg)


Anda telah menentukan Osbon dinobatkan sebagai Juara Maharajalawak Mega! Kini saksikan pula persaingan pelawak-pelawak ternama beraksi bagi meraih gelaran Maharajalawak Mega 2012! Kami menghimpun pelawak-pelawak ternama dalam satu pertandingan bagi mengetahui siapakah yang terbaik antara yang terbaik. Barisan pelawak-pelawak terdiri daripada peserta dari 3 negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. . Tambah hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Maharajalawak Mega yang lalu, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Empat orang juri tetap setiap minggu yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakang pelawak, atau pelakon komedi akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah daripada perspektif mereka sendiri.


























