Social Icons

Pages

Sabtu, 21 Desember 2013

Faizal Tahir Anggap Showcase Hidupkan Album



PENYANYI Faizal Tahir menyifatkan showcasenya di Hard Rock Cafe baru-baru ini sebagai salah satu cara untuk menghidupkan kembali jualan album terbarunya yang sudah pun berada di pasaran sejak bulan Mac lalu.

‘Live showcase’ ini juga boleh dianggap sebagai penghidupan semula untuk album ketigas saya yang telah berada di pasaran sejak Mac lalu, namun ramai yang tidak tahu mengenai album itu,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.

Penyanyi yang digelar sebagai ‘Superman Malaysia’ ini menyanyikan lagu-lagu seperti Vortex, Bintang, Biar dan Permaisuri yang disampaikan dalam susunan muzik yang lebih segar pada showcase tersebut.

Bukan sahaja peminat setianya membanjiri Hard Rock Cafe malah terdapat rakan artis seperti Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Nabila Huda dan Dira Abu Zahar yang turut hadir memberikan sokongan kepada penyanyi berbakat itu.

Persembahan pada malam itu turut dimeriahkan dengan penampilan kumpulan Manifesto yang dianggotai Tomok.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar