Social Icons

Pages

Jumat, 27 Desember 2013

Identiti 3 Beradik Kes Mati Dibunuh Di Alor Setar Kedah



Identiti 3 beradik kes mati dibunuh di sekitar Alor Setar Kedah. Kematian tiga orang adik beradik telah menggemparkan negara sejurus mayat mereka ditemui di dua kawasan yang berasingan. Menurut pihak polis, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar dipercayai akibat dibunuh. Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela pada jam 3.45 petang Sabtu 30 Disember 2013. Manakala, dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad 1 Disember 2013. Ketiga adik-beradik ini juga telah dilaporkan hilang sejak 29 November 2013 setelah keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam.

kes tiga beradik

Identiti Mangsa 3 Beradik Ditemui Mati Di Kedah

Mangsa Pertama: Noor Syafikah Nadia, 14 Tahun

nor shafiqah

Mangsa Kedua: Nur Izzati Husna Rusdi, 12 Tahun

kes bunuh 2

Mangsa Ketiga: Puteri Nurul Akma, 3 tahun

kes bunuh 3

Polis Nafi Noor Syafikah Nadia Dirogol

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulu bahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui. Keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja itu mendapati tidak terdapat kesan rogol. Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa.

Bedah siasat ke atas mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma akan dibuat secepat mungkin untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka.

Kronologi Kisah Kematian 3 Beradik Di Kedah

29 November 2013: Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam yang berhampiran. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa susulan tiga beradik tersebut gagal pulang ke rumah.

30 November 2013: Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela.

1 Disember 2013: Mayat Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang.

Gambar Insiden Kematian 3 Beradik

maayt

mayat-1 

mayat-3 

mayat-4 

mayat-5 

mayat-6

sumber



Tidak ada komentar:

Posting Komentar