Jumat, 14 Maret 2014
Bila Pelajar Tahfiz Buat Choral Speaking…

Kita mungkin biasa melihat pelajar-pelajar sekolah berprestij tinggi melakukan persembahan choral speaking.
Sekolah seperti Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Victoria Institution dan Sekolah Menengah Kebangsaan St John biasa menyertai pertandingan coral speaking merata-rata di seluruh negara.
Choral speaking pada asalnya ialah berupa persembahan penyampaian puisi bahasa inggeris atau ‘poem’ secara beramai-ramai ala persembahan nyanyian koir.
Selepas semakin ramai yang meminati choral speaking, ia sudah dilihat sebagai menyampaikan satu mesej secara beramai-ramai tidak semestinya hanya puisi bahasa inggeris.
Kami tertarik dengan satu video yang sedang hangat di Facebook menunjukkan satu kumpulan choral speaking dari sebuah sekolah Ma’ahad Tahfiz.
Pelajar sekolah Ma’ahad Tahfiz Sains menyampaikan satu persembahan bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita.
Memang mantap para pelajar Tahfiz kita ni membuat persembahan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar