Social Icons

Pages

Rabu, 12 Maret 2014

Che Ta – Zain Berbelanja Mewah Untuk Perkahwinan


Walaupun masih belum mengumumkan bila tarikh pernikahan mereka, namun pasangan selebriti Rozita Che Wan, 42, dan kekasihnya, Zain Saidin, 29, tetap rancak melakukan persiapan perkahwinan mereka.

Boleh dikatakan majlis pernikahan dan resepsi mereka boleh digelar ‘Wedding of the Year’ apabila kos untuk persediaan mereka pun sudah mencecah ratusan ribu ringgit!

Masakan tidak, untuk hantaran kedua-dua belah pihak sahaja, mereka sudah memperuntukkan sebanyak RM100 ribu seorang, selain membayar upah untuk jurugambar yang bertanggungjawab mengambil foto pra perkahwinan sebanyak RM20,000.

Rozita atau Che Ta juga sempat membeli sakan barang hantarannya di kota London dan sesi fotografi ‘pre wedding’ di kota Eropah itu.

Manakala untuk cincin perkahwinan, Che Ta lebih selesa dengan jenama Habib Jewels kerana merupakan pelanggan setia jenama tersebut.

Menerusi Berita Minggu dalam akhbar sisipan BiPop, Che Ta menjelaskan, “kalau tanya berapa peratus lagi baki persiapan kahwin, saya sendiri tak dapat nak agak. Jumlah yang kami peruntukkan untuk masing-masing pun tak dapat dijelaskan secara tepat. Belum lagi bayaran tiket penerbangan yang saya belanja sendiri”.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar